FAQ - Soalan Lazim

Soalan 1: Bagaimana cara yang betul menggunakan sabun Eumora?
 Jawapan 1: 
Mudah sahaja, basahkan muka atau kawasan bermasalah. Kemudian gosok sabun Eumora di telapak tangan (dengan jumlah air yang minima) sehingga keluar buih pekat. Tepek buih tadi di kawasan yang bermasalah dan ratakan. Kemudian biarkan selama 3 minit. Akhir sekali bilas dengan air yang bersih. Gunakan sabun Eumora 2 kali sehari (pagi dan malam).

 Soalan 2: Apakah pantang larang semasa menggunakan sabun Eumora?
 Jawapan 2:
Jangan biarkan buih lebih dari 3 minit, terutamanya penggunaan di kawasan kulit wajah. Selain itu penggunaan cleanser, whitener, toner, masker, scrub, night cream, day cream dan pelbagai produk lain adalah dilarang sama sekali. Hanya moisturizer, sunblock dan foundation boleh yang tidak mengandungi AHA / bleach sahaja dibenarkan.

 Soalan 3: Mengapa ada pantang larang semasa menggunakan sabun Eumora?
 Jawapan 3: 
Sabun Eumora bertindak ‘all in one’ dan merawat kulit dengan menyingkirkan toksin dan asid yang ada di bawah lapisan kulit (disebabkan oleh produk kecantikan lain sebelum ini) terlebih dahulu. Menggunakan produk lain bersama-sama dengan sabun Eumora akan mengganggu proses rawatan kulit oleh sabun Eumora. Biarkan sabun Eumora bertindak sendirinya.

 Soalan 4: Bolehkah sabun Eumora digunakan oleh bayi dan kanak-kanak?
 Jawapan 4: 
Sabun Eumora boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Ini kerana Eumora mempunyai pH yang selamat digunakan.

 Soalan 5: Apakah kelebihan lain menggunakan Eumora?
 Jawapan 5: 
Selain untuk penjagaan muka, sabun Eumora adalah sabun kesihatan ‘all in one’ yang boleh digunakan untuk penjagaan dari hujung rambut hingga hujung kaki (head to toe). Anda juga boleh gunakan sabun Eumora sebagai syampoo rambut, merawat kulit bermasalah dan boleh dibuat sabun mandi harian.

 Soalan 6: Adakah bahan-bahan dalam sabun Eumora halal untuk digunakan oleh masyarakat beragama Islam?
 Jawapan 6: 
Sabun Eumora terhasil dari bahan alam semulajadi dan ratusan herba, bahan organik, hormon tumbuhan, antibiotik semulajadi dan bergabung untuk mengeluarkan satu bahan pekat dan kaya dengan bahan-bahan organik semulajadi iaitu moor. Bahan organik semulajadi inilah menjadikan ‘deep moor’ suatu keajaiban therupatik dan wajah menjadi lebih muda serta dapat merawat panyakit kulit. Oleh kerana bahan semulajadi ini, maka sabun Eumora selamat, suci dan bersih untuk digunakan.

 Soalan 7: Bagaimana sabun Eumora mampu bertindak pantas meresap ke dalam kulit kita?
 Jawapan 7: 
Moor yang terkandung di dalam sabun Eumora telah dikaji dan terbukti bahan ini meresap secara mudah ke dalam kulit dan tisu wajah. Sabun Eumora diproses melalui proses nanotechnology, menggabungkan moor dan factor Hma (hydration mircoalgae) dan kaya dengan herba dan nutrien. Proses pembuatan yang sangat halus ini, membolehkan bahan-bahan menyerap pantas ke dalam lapisan kulit, di samping menambah kelancaran pengaliran darah ke dalam kulit.

 Soalan 8: Adakah sebarang kesan sampingan atau penggelupasan berlaku sekiranya menggunakan sabun Eumora?
 Jawapan 8: 
Penggelupasan sebenarnya adalah proses detoxification (pembersihan dari dalam, penyahtoksinan dan pembuangan toksin dari dalam kulit) semasa menggunakan sabun Eumora. Proses ini tidak kronik dan ketara.

 Soalan 9: Adakah sabun Eumora boleh digunakan oleh kaum lelaki dan wanita?
 Jawapan 9:
 Penggunaan sabun Eumora tidak terhad kepada wanita sahaja. Lelaki, bayi dan ibu mengandung juga boleh dan selamat menggunakannya.

 Soalan 10: Berapa lama kesan parut, kusam dan lebam boleh dihilangkan?
 Jawapan 10: 
Bergantung kepada cara dan kekerapan menggunakan produk ini. Sekiranya anda menggunakan sabun Eumora dengan konsisten dan betul, kesan parut, kusam dan lebam akan pudar dengan cepat.

  Soalan 11: Bagaimanakah cara-cara menggunakan sabun ini untuk masalah kulit dan badan berbau?
 Jawapan 11: 
Gunakan sabun Eumora ini untuk mandi dan cucian kawasan kulit bermasalah. Anda juga boleh gunakan sabun ini untuk membersihkan dan mencerahkan kawasan ketiak. Biarkan selama 3 hingga 5 minit sebelum dibilas. Anda akan dapati bau badan dan ketiak hilang, deodoran tidak perlu digunakan lagi.